Mari jadi Tukang Jahit!!

Friday, July 26, 2013

Assalamualaikum..
Jumpa lagi di entry baru..hari ni dah Jumaat,tak sabar rasanya nak balik kampung ni..he3,ok seperti dijanjikan last entry,aku nak share cara pengajaran yang aku buat untuk topik anggaran panjang..ni topik untuk Tahun 2 yer sebab tahun ni merupakan tahun pertama aku ajar Matematik untuk KSSR..so,aku sangat memerlukan skill atau kemahiran yang tinggi untuk mengajar diorang memandangkan banyak topik tahap 2 dah dimasukkan dalam sukatan KSSR untuk tahap 1.

ok,untuk mengajar topik menganggar ni,yang pastinya pertama sekali kena explain dululah kat students apa tu menganggar kan dan students pun mesti dah pandai mengukur menggunakan pembaris,pita ukur atau apa sahaja...lepas korang dah terangkan bla bla bla bla,boleh cuba cara aku mengajar ni..cara aku ialah "mari jadi tukang jahit"..he3
mesti ada yang pelik kan?ok,aku terangkan caranya

CARA PENGAJARAN : MARI JADI TUKANG JAHIT
TOPIK : MENGANGGAR PANJANG ( TAHUN 2)


1) mula-mula paste gambar dulu,he3..yang pertama sekali apa yang kita perlukan ialah pita ukur tu,yang orang guna untuk menjahit tu..aku bagi aje satu sorang sebab murid aku 6 orang aje,he3..tapi sebenarnya boleh buat secara berpasangan jugak.lepas tu,sebagai guru,tulislah jadual macam aku buat ni..maaflah tulisan aku memang buruk sikit,he3 tapi takpe asalkan dapat difahami.
lepas dah buat jadual kat depan,terangkan pasa students apa yang diorang perlu buat.aktiviti ni perlu dilakukan secara berpasangan untuk memudahkan murid membuat pengukuran nanti.lepas diorang dah ada pasangan,makanya kita boleh bergerak ke langkah kedua plak yer.
opss,sebelum terlupa pastikan murid menulis dulu baju siapa yang dia nak jahit tu..kiranya mereka akan tulis nama pasangan masing2.


2) langkah kedua ialah membuat anggaran..berdasarkan gambar yang aku paste kan ni,seorang murid dikehendaki berdiri tegak manakala seorang lagi perlu membuat anggaran ukuran bagi setiap perkara yang telah dinyatakan dalam jadual.pastikan mereka membuat anggaran terlebih dahulu sebelum mengukur..yang paling penting,mereka perlu membuat anggaran yang logik sebab masa awal-awal aku mengajar topik ni,memang murid menghadapi masalah untuk menganggar sampaikan ada yang menganggar saiz kasut sendiri hanya 5 cm!!tergelak sakan aku + nak marah sekali ok.
ok,lepas seorang murid siap menganggar ukuran bagi pasangannya,maka pasangannya pula akan menukar peranan untuk menganggar pulak..mudah kan?ok,next step cikgu Husna..


3) langkah yang ketiga ialah membuat pengukuran..haa,masa nilah semua murid akan jadi tukang jahit,kan ke tukang jahit kena ukur badan kalau nak buat baju.pastikan masa membuat pengukuran ni,murid mengukur dengan betul..anak-anak murid aku punya lah excited sebab dapat ukur badan kawan-kawan diorang.kiranya sambil belajar dapat main jugak kan?kita sebagai guru perlu sentiasa memantau cara murid membuat pengukuran terutamanya apabila menggunakan pita ukur,sebab masa awal-awal dulu,anak murid aku ni suka mula mengukur dari hujung besi pita ukur tu..tapi setelah berpuluh-puluh kali aku pesan ukuran mesti bermula dari sifar (dengan suara yang kuat dan muka yang tegas howkay), alhamdulillah akhirnya mereka ingat jugak..dah buat pengukuran mestilah perlu ada rekod kan?so next picture plis...


4) ni langkah yang terakhir,iaitu membuat rekod yang betul berdasarkan jadual yang aku dah buat tadi..lepas tu,nak bagi tambah perasa sikit kan (dah macam main masak-masak ni), aku suruhlah diorang lukis pakaian yang diorang bayang nak jahit tu..hambooi,bukan main lagi diorang melukis..memang boleh jadi tailor betul lah..ngeh3.
so,inilah cara pengajaran yang aku nak share ngan korang yang bergelar guru tu.sebagai seorang guru yang baru sahaja berkhidmat selama 2 tahun dalam bidang pendidikan ni,aku sememangnya cuba mencari teknik/kemahiran yang boleh digabungjalin ngan permainan terutamanya bagi murid Tahap 1..yelah,dah namanya budak,confirm2 suka main kan?

aku harapkan dengan sedikit coretan ni,dapatlah memberi idea sikit kepada yang pening nak cari cara mengajar anggaran ni sebab bagi aku nak buat anggaran ni bukan mudah,so kena cari method yang boleh buat budak faham dengan cepat..tapi sekiranya ada yang rasa idea aku ni macam common sangat,its ok..lagipun aku budak masih belajar,just sharing my experience in teaching here,at my blog..

oklah,nanti kalau free aku update story baru lagi ek...aku nak g bersiap2 nak masak untuk berbuka pulak ni,walaupun sebenarnya dah malas giler nak masak,yelah mood aku dah balik kampung dah..kalau ikut aku,aku berbuka ngan coco crunch+soya sejuk aje,menu aku bersahur kut...hahahaha
jumpa lagi next entry,wassalam

~semakin hampir nak balik kampung,semakin melambak kerja yang datang...aishh,ni hipotesis kerja aku untuk minggu ni dan minggu depan,sedang berusaha siapkan soalan exam untuk pertengahan penggal 2,hu3 ~

1 comments:

Unknown said...

Assalmualaikum cikgu, saya guru praktikum sekarang ni, nak tanya, kalau nak ajar kaedah menganggar tahun 3, sebelum masuk topik menambah, kaedah apa yang boleh digunakan?

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in