Flashback Memori Praktikum

Friday, January 17, 2014

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,diberikan kekuatan untuk menulis di hari Jumaat yang barakah ini. Sebenarnya baru je membaca entry sekolah rakan blogger yang juga rakan baik aku masa sekolah menengah dulu.Pertamanya,aku nak mintak maaf kepada semua pembaca yang mengikuti blog aku ni sekiranya entry-entry aku yang lepas ada yang menyinggung atau maybe ada yang aku kenal dan kebetulan entry tu ditulis untuk meluahkan rasa tidak puas hati aku kepada orang tu,aku mintak maaf sekali lagi. Takde manusia yang sempurna kan? Segala apa yang aku tulis dalam blog ni semuanya jujur keluar daripada hati aku sendiri,yelah aku tak suka nak berdalih lebih-lebih lagi bila aku menjadikan blog ni sebagai medium luahan perasaan atau apa2 yang aku rasa nak kongsi. Aku tahu ada yang menggunakan blog aku ni untuk mengintip aku...but I dont want to say you as a a stalker. Maybe I have something that you want to know deeply,hahaha...I guess lah, :-P
Cumanya aku tak suka orang yang bersikap talam pada aku,mana ada orang suka insan yang bersikap hipokrit kan?Aku tak bercakap tentang sesiapa tapi secara general aje..Oklah,hari ni aku nak share satu kisah ngan korang. Idea ni aku dapat masa duk termenung atas sejadah lepas sembahyang tadi.

Kisahnya macam ni,masa tu aku masih study kat IPG,kalau tak silap tahun keempat time tu.Masa tu aku ngan member,Roza dalam kelas Matematik,serius aku tak ingat subjek apa.Tetiba ada seorang pelajar datang ketuk pintu kelas kitorang,dia cakap Ketua Jabatan Unit Praktikum nak jumpa kitorang berdua.Masa tu semua orang tertanya-tanya apsal kitorang dipanggil,yelah...biasanya kalau kena panggil ni,adalah prob yang dibuatnya.Masa tu serius aku berdebar,kitorang duk tertanya sesama sendiri kenapa kitorang dipanggil.Tangan masa tu agak menggeletar kut,hu3..then,bila kitorang sampai aje kat depan pintu unit praktikum tu,kitorang ketuklah pintu dan dibenarkan masuk.Masa tu muka Ketua Jabatan Unit Praktikum tu garang giler,walaupun dia ustaz dan memakai kopiah sepanjang masa tapi muka time tu sangat2 aku ingat.Aku masih ingat soalan pertama yang dia tanya kat kitorang

"sebenarnya apa yang awak berdua dah buat kat sekolah masa praktikum hari tu?baik awak berdua berterus-terang dengan saya."

masa tu kan serius satu tubuh menggeletar dengan peluh menjejeh2 keluar dari badan walaupun pejabat ustaz tu beraircond...hu3,tak cukup mulut,kaki & tangan kitorang duk bercerita apa yang kitorang buat.puas otak fikir apa kesalahan yang kami buat tanpa disedari...rasanya kitorang tak pernah ponteng praktikum,kul 6.45 pagi dah terpacak kat sekolah setiap hari,balik pulak pukul 4 petang...ohh,apa lagi agaknya yang otak aku terlupa ek?setelah hampir 10 minit kitorang duk citer itu ini sambil ustaz tu duk salin atas kertas dia apa yang kitorang buat + muka yang serius,akhirnya ustaz tu berkata begini kepada kami

"saya sebenarnya tahu awak berdua takde buat salah apa-apa.saya sengaja aje usik awak tadi.sebenarnya saya nak bagitau,sekolah awak praktikum kirimkan hadiah untuk awak berdua melalui saya...tu haa,gi lah ambik"

masa tu kan,aku rasa nak bagi sedebuk kat ustaz tu sebab buatkan kitorang tak bernafas selama 10 minit.serius sejuk habis satu badan.Lepas tu,ustaz tu ceritalah yang dia cakap sekolah praktikum kitorang puji macam2 pasal kitorang.Aku ngan member tak berapa nak dengar dah sebab duk teruja nak gi ambik hadiah kitorang,dahlah duduk dalam paper bag yang besar,teruja gitu...hehehe,nak tahu apa yang kami dapat?Benda yang sama cuma warna aje berbeza..


Alhamdulillah,suka sangat sebab masa tu aku memang berhajat nak beli sejadah baru,tetiba Allah dah bagi rezeki kan?Sejadah ni aku guna sampai sekarang,sebab tu aku dapat idea nak share kisah ni..yelah kan dah cakap tadi,duk termenung atas sejadah.Apapun,pengalaman praktikum aku kat sekolah ni memang awesome,guru-guru dia yang sangat baik,friendly walaupun cikgu-cikgu lama...berbeza ngan cikgu sekarang,baru mengajar 4-5 tahun dah berlagak otai,hahahaha...opss,terkutuk plak..sorry again.Pengalaman kat sekolah ni the best pengalaman ever lah bagi aku...kalau ada yang nak tahu sekolah mana yang aku praktikum ni,sekolahnya bernama Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan,Kota Bharu,Kelantan..dari atas sampai cleaner,semua best.Thanks to them yang terlalu banyak bantu kitorang dari praktikum 2,3 dan internship.Sampai sekarang aku masih contact ngan cikgu-cikgu & anak-anak murid aku kat situ.

Rasanya sampai sini sahaja nukilah aku untuk hari ni,esok-esok aku update lagi bila berkesempatan yer.Maafkan sekali lagi sekiranya ada yang terluka dan diingatkan jugak aku hanya bersikap jujur dalam menulis..sekian,wassalam.

~Ramai yang duk bertanya aku,bila nak kahwin?Insyallah masanya akan sampai tak lama lagi ok??Wait k...^_______________^~



0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in