Searching For Welcome Board

Monday, July 08, 2013

Assalamualaikum...
Alhamdulilah,dapat berjumpa lagi setelah berminggu-minggu tinggalkan dunia blog..yelah asyik buzy memanjang,mana sempat nak update apa-apa kat sini...baiklah,kali ni aku tetiba rasa nak share something berkaitan B2B...wallah,aku dah pandai guna shortform B2B tuuuuuuuu....tepuk tangan ramai2...hahahaha

ok,dalam setiap perkahwinan includes pertunangan,ramai yang mengimpikan yang terbaik n which i cay say "grand"...walaupun konon nak yang simple but semua orang pasti nak yang terbaik,yelah pertunangan atau pun perkahwinan adalah something yang datang sekali aje seumur hidup,so confirm2 lah nak the best n baik punyer kan??memandangkan zaman sekarang seriously semua benda very the gojes,so welcome board adalah something yang dah jatuh tahap HARUS ada di setiap majlis perkahwinan atau pun pertunangan.

sebenarnya benda alah tu bukan nak menunjuk atau saja buat lawa aje,tetapi sesuatu yang penting kut sebab dah banyak kali aku mengalami suasana yang blur ataupun keliru ngan majlis pertunangan atau pun perkahwinan orang...just sharing,last cuti hari tu aku ngan adik g wedding member,dah lah first time aku sampai rumah dia...then,bila sampai aje,aku macam blur..ni ke rumah dia ek??betul ke tak ni??hurmm....so,bila ada welcome board ni,kurang2 manusia macam aku ni takdelah rasa keliru giler bila dah sampai wedding kan?
ok,for those yang tak tahu apa dia welcome board ni...let me show u yer,



yang ni,hanya tulis nama dan tarikh aje...aku suka jenis ni.


yang ni plak jenis ada sekali ngan gambar,so sweet kan?


yang ni berserta ngan doa...

ok,ini adalah contoh-contoh welcome board yang nice kan?so sekarang,aku sedang sibuk searching welcome board ni...ada banyak yang aku jumpa,ada yang harga RM35 aje (not included stand), RM55 (not included stand also) dan ada satu lagi kedai RM120 (yang ni termasuk stand)...so segala-galanya ada untuk korang semua pilih,cuma pilihlah yang terbaik..yang penting bagi aku ia mestilah mengikut bajet yang dah ada,jangan tetiba terpaksa tambah bajet baru plak.

kebanyakan kedai yang menawarkan perkhidmatan tempahan welcome board ni memberikan kebebasan sepenuhnya kepada kita untuk memilih corak,pattern,tulisan malahan saiz board...so,kita boleh buat yang terbaik untuk majlis peribadi kita kan? dan juga kebanyakan kedai tak mengenakan caj tambahan kalau kita nak request apa2..nak menambahkan kecomelan,ramai yang letakkan gambar berdua siap berquote lagi...haaa,this is a way how we want to express our love to our partner,so sweet kan?

ok,back to topik...aku belum decide yang mana yang terbaik sebab aku pentingkan kualiti serta harganya jugak..yelah,kalau dah mahal sangat,nak buat apa kan?so,aku nak share beberapa tempat yang quite ok untuk korang tempah welcome board ni,aku listkan diorang  based on customer's feedback..

1) Facebook : Ceria Kad Kahwin
2) Facebook : Lovely Collection
 3) Blog : Kad Kahwin Lovely

sebelum tu,aku nak jugak menyelesaikan persoalan yang maybe wujud dalam kepala korang berkaitan welcome board ni,mesti ada yang cakap..

"rugilah buat benda ni,habis majlis..lempar aje dalam stor,duit melayang macam tu aje"

bagi aku,welcome board ni tak rugi sebab kita boleh gantung dia kat wall bilik atau mana-mana tempat,just for remind us our sweet moment with someone we love,right?maybe after kahwin,ada yang bergaduh..pastu tetiba nampak welcome board ni,teringat semula kenangan manis masa mula2 kawin dulu...kan ini juga sebagai satu inisiatif memulihkan hubungan kan?wow...dah macam Dr.Love dah aku ni.
jadinya,bila nak memilih welcome board ni,pilihlah yang terbaik dan yang evergreen orang kata,supaya kita sentiasa ingat masa-masa manis bersama pasangan..

apapun,aku sedang berusaha memilih yang terbaik,memandangkan aku dan pasangan jauh bebenor,maka kami hanya menggunakan whatsupp n wechat aje untuk berbincang pasal apa-apa,nasib baik kata sepakat dapat dicapai,he3..kalau ada sesiapa nak share kedai ataupun link yang berkaitan welcome board ni,amatlah aku alu-alukan..sharing is caring,right? sampai di sini dulu entry kali ni,hope jumpa lagi...wassalam.

~ still waiting for my new blog's template,^____^ ~


2 comments:

Anonymous said...

Salam. Cikgu, ni comellah. Sy merasakn blog cikgu ni menarikk. Byk info yg sy dpt. Makasih cikgu. Cikgu org mana? Btw, sy ummi. Semoga success cikguu!! :)

Una Husna said...

thnks anonymous....insyallah saya akan share apa yang termampu kat sini.

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in