Kisah ByHannah Couture

Monday, June 15, 2015


               Assalamualaikum...
Alhamdulillah,rasa bersyukur sangat2 kerana masih dapat menulis dengan jayanya. Entry kali ni aku cuma nak berkongsi kisah keje sampingan aku yang baru sahaja dilancarkan. Apa keje sampingan tu ialah bisnes tudung.

      Sebenarnya,aku bukanlah baru dalam bidang bisnes on9 tudung ni tapi aku juga bukan senior. Dulu zaman aku study,aku dah mempunyai bisnes page aku sendiri yang aku namakan sebagai Lovely Gorgeous Collection..kalau korang search page tu,followers dia berbelas ribu. Masa tu aku masih ingat kenapa aku start bisnes,ianya disebabkan aku ni student IPG makanya setiap hujung tahun aku akan rasa bosan sebab takde buat pape,memang duit elaun masuk tapi boringlah kan kalau takde mende yang boleh dibuat untuk isi masa lapang. Takat kemas umah semua tu memang kejap aje kejenya. So aku pun decide nak jual inner cotton..masa tu inner cotton sangat hot kut,dipakai bersama shawl atau syria. Benda pertama yang perlu dibuat ialah mencari supllier. Nak cari supllier time tu agak mencabar tapi alhamdulillah Allah tunjukkan jalan. So,aku pun startlah meniaga ni. Mula2 aku jual melalui fb aku aje tapi disebabkan ramai sangat yang add ngan pm aku time tu sampai fb aku jammed,aku pun bukalah satu page untuk bisnes inner cotton tu.

       Masa tu,alhamdulillah rezeki memang masyuk lah orang kata sampai aku tak heran ngan duit elaun yang masuk tiap2 bulan. Lepas jualan inner cotton aku berjaya,aku kembangkan lagi dengan jual shawl,pashmina,bawal and ntah apa2 tudung lagi. Memang seronok sebab aku sentiasa sibuk,mana taknya aku lah layan order,aku ambik gambar,aku yang pos..senang citer akulah boss dan aku juga kulinya. Masa tu aku buat blog jugak untuk kedai aku tu dan cara diorang nak order melalui form. Alhamdulillah parents aku sangat menyokong dan jangan tak tahu bisnes aku tu secara halal ok,maksudnya bisnes aku tu didaftarkan lah. Disebabkan permintaan tudung yang sangat baik time tu,aku dah produce beberapa tudung bawah label sendiri. Time tu mak sedare aku tolong carikan tailor dan tudung yang dia buat ialah syria sarung ngan shawl ombak kalerful. Habis stok aku time tu,alhamdulillah.

       Seingat aku lagi time tu,page aku sama baya ngan Anggun Zara yang femes giler sekarang namun takdir Allah penentu segala-galanya. Ketika bisnes aku tengah on lah,aku tetiba dikejutkan dengan berita aku bakal dipostingkan ke pedalaman Sarawak. Masa tu serius rasa worse sangat sebabnya aku dah tak dapat cari stok,pos barang dan sebagainya. Aku pos entry khas kat blog kedai aku yang menyatakan owner terpaksa menghentikan sementara segala urusan bisnes. Mula2 adik aku cover jugak tapi dia pun belajar and tak sempat nak layan semuanya. Hampir setahun jugak aku masih menerima order sama ada melalui blog,mesej kat hp malahan kat page aku sendiri. Perasaan masa tu sangat sedih tau. Lagi hiba bila tengok page yang sunyi sepi tu,hu3

         Finally,aku jual page aku tu pada seseorang dan sekarang aku hanya mampu memandang aje page yang menjadi kebanggaan aku satu masa dulu. Mungkin satu kesilapan jugak akibat aku yang sangat stress masa tu.

        Selepas 4 tahun berlalu,aku akhirnya dikhabarkan dengan berita gembira yang aku dapat bertukar ke Pahang,satu sekolah ngan suami aku. Bersyukur sangat2 dan bermulalah episod baru dalam hidup aku berkaitan bisnes ni. Bulan 4 hari tu sempena bufday aku,aku tetiba terfikir nak mulakan semula bisnes aku yang tertangguh dulu. Dan aku mulakan dengan terus hasilkan tudung di bawah jenama aku sendiri. Maka lahirlah....


Sememangnya nak menghasilkan tudung jenama sendiri perlukan banyak pengorbanan. Benda pertama yang perlu dibuat ialah mencari material kain. Sangat seksa kut cari material kain yang berkualiti tapi dengan harga yang murah. Banyak tempat kut perlu disurvey tapi nasiblah aku jumpa kedai yang ok. Berjam2 jugaklah aku meronda dengan perut yang sarat...upps,aku tak bagitau lagi ek,masa tu aku tengah preggy 6 bulan kut tapi nasib baiklah encik suami sangat banyak membantu. Lepas dah settle cari kain kenalah cari tailor plak kan.

      Wuhuu,bab tailor memang sangat mencabar jiwa dan kesabaran aku kut. Yelah,tailor secara pukal memang melambak tapi ko haruslah pilih dengan betul. Macam2 kerenah tailor yang aku hadapi sebabnya aku hire beberapa orang tailor. Ada yang last minit tak bak terima order lah,itulah,inilah...macam2 hal. Arghhh,tak nak lah aku story banyak2 pasal tailor ni,nanti next entry aku up kan pasal tailor. Finally,semua tudung aku berjaya disiapkan. Semua tudung tu adalah koleksi raya ByHannah tapi aku tak sempat lagi nak upload sebabnya semua benda aku nak buat sendiri,tapi insyallah minggu depan akan release jugak.

     Opss,kepada korang yang nak tahu update terbaru atau apa ajelah yang kami jual,jom lah follow ig dan like page kitorang. Taip aje byhannahcouture,confirm keluarlah nanti. Walaupun followers kitorang belum ramai tapi jangan ingat kitorang tak laku plak,hahahaha...sebabnya kitorang sangat aktif secara offline. Yang ni serius aku tak tipu (errr macamlah sebelum ni aku tipu kan,ha3). Secara offline ni adalah kerja suami aku. Memang stok kalau ambik sentiasa tak cukup,alhamdulillah rezeki. Haaa,alang2 tu sekarang kitorang tengah buat clearance stock tau...kepada penggemar wide shawl plain atau bercorak,boleh lah g borong sakan..sehelai cuma RM8 aje,beli banyak mestilah dapat free sehelai. Kitorang nak clearkan stok aje sebabnya tak banyak helai dah yang tinggal. Nahh,aku tepek iklan sikit...


Ni plak contoh model pakai,serius memang high quality punyer...


Sebelum aku nak end kan entry ni,aku nak share satu tips untuk menarik rezeki. Rasanya ramai yang dah tahu iaitu dengan solat sunat Dhuha.

           
Ini kerana aku sendiri mengalaminya. Dulu aku takdelah sekerap sekarang buat Dhuha,maklumlah masa tu tak berapa sedor diri sangat tapi sekarang lepas aku amalkan,nampak sangat ajaibnya. Rezeki sangat mencurah2. Aku sarankan korang, kalau malas sekalipun buatlah Dhuha yang 2 rakaat aje tu pastu doalah kepada Yang Esa sebabnya aku ingat mak aku pesan "kalau kita selalu mintak ngan Allah (berdoa),Allah tak kan biarkan tangan kita kosong"... Tapi kalau korang nak lagi mencurah2,bolehlah buat Dhuha sampai berbelas rakaat tu,lagi mujarab orang kata.

        Rasanya itu ajelah yang aku nak share ngan korang,doakanlah semoga bisnes aku kali ni berjaya dan sentiasa diberkati. Aminnnn....

                      Wassalam


0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in