Pengalaman Pertama

Tuesday, June 23, 2015

                    Assalamualaikum
Terajin plak nak update entry sebabnya tengah-tengah aku duk sibuk menyiapkan lesson plan untuk next week,tertimbul idea plak untuk berkongsi cerita pengalaman pertama aku yang disahkan preggy awal-awal dulu.

Sememangnya semua pasangan suami isteri akan teruja menantikan berita gembira kan? Yelah,semua perkahwinan nak kan waris kan..same goes to me and hubby.

Pengalaman pertama aku actually sangatlah tak disangka. Kisahnya bermula bila satu malam,tetiba aku tak dapat tidur sebab rasa loya and banyak angin dalam badan. Serius sangat tak selesa. Pastu encik suami pun tolonglah urutkan segala. Masa tu aku tak jangka langsung tau,ingatkan aku salah makan walaupun masa tu aku sedar aku tak period lagi. 

Keesokan harinya,aku mengalami pedih ulu hati yang tak leh blah plak...arghhh,sangat-sangat tak selesa kut tapi aku macam malas nak layan sangat. Kebetulan hari tu jugak,aku ngan encik suami nak beli barang kat Watson dan encik suami telah mencadangkan untuk beli pregnancy test sebabnya dia dah boleh detect kenapa aku jadi macam tu...errr lagipun encik suami aku ni sangatlah rajin bab mengira kitaran period aku..hahahaha.
Masa nak bayarkan benda alah tu,aku ingat lagi aku tunggu luar Watson aje sebab malu nak beli...ha3,macamlah kitorang tak kahwin lagi kan?

Nak tau kenapa aku tak teruja langsung ngan pregnancy test tu? Mana taknya,lepas sebulan kitorang kahwin period aku delay. Masa tu encik suami sangat berharap so dia belikan pregnancy test. Masa tu aku masih mengajar kat Sarawak..punyalah teruja kan,aku tak sabar-sabar nak test. Bila dah test,resultnya mengecewakan..orang paling frust tentulah encik suami. Sebab tu lah masa beli pregnancy test yang kedua ni aku tak teruja langsung.

So,after beli...malam tu encik suami suruhlah aku g pee. Aku macam oklah..so pee lah atas benda tu and aku letak aje tepi sinki sambil meneruskan aktiviti di bilik air aku,ha3...sebelum nak keluar bilik mandi tu,aku sempatlah jenguk result alat tu...TETIBA!!! Mata aku terbeliak kejap,keputusannya positif. Aku kaget sebentar,hahahaha...ayat tak menahan tuh. Pastu aku senyap kejap dalam bilik air tu sebabnya aku sangat-sangat tak percaya. Masa tu aku hanya mampu tutup mulut sebab tak tahu nak bagi respon apa. Haaa...tetiba jadi takut nak sentuh perut sendiri.

Dengan perlahan,aku keluar lah dari bilik air. Encik suami memang setia menunggu kat luar and lepas jer dia nampak aku,dia terus tanya macam mana. Aku tak mampu cakap tapi still tutup mulut and tunjuk jari aje suruh tengok sendiri. Macam ribut encik suami masuk bilik air and dia tetiba jerit nama aku and macam ribut jugak dia berlari keluar dari bilik air buat sujud syukur. Then,dia menangis datang peluk aku. Masa tu,aku tak tahu nak bagi respons apa tapi aku bersyukur sebenarnya. Tak sudah-sudah encik suami ucap Alhamdulillah.

Dan malam tu jugak,aku bagitau mak ngan ayah aku pasal news ni..errr,actually bukan aku yang bagitau tapi encik suami yang bagitau sebab aku malu giler,hahahaha...

Rasanya itu ajelah yang aku nak share di blog usang aku ni. Sebagai kenangan bila dah tua-tua nanti, so boleh baca semula kan? Jumpa lagi insyallah next entry,wassalam.





0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in