Bersalad wif my students

Wednesday, August 28, 2013

Assalamualaikum...kembali bersua lagi.
Kali ni nak share satu perkara yang agak best aku buat bersama-sama dengan students aku kelmarin.Ok,memandangkan dalam silibus KSSR untuk Tahun 3 (subjek BI),ada satu menu yang perlu dipelajari oleh murid-murid tau..so,memang teruja abeh r (err,bukan murid teruja tapi aku yang teruja lebih,he3). tapi aku suka aktiviti ni sebab dia bagi kelainan dalam proses pembelajaran murid,so takde r murid tu asyik duk ngadap buku semata-mata,kurang-kurang dapat gak jadi chef sekali sekala kan?

Jadinya,hari ni aku nak show macam mana proses pembelajaran tu berlangsung..ok,pertamanya yer puan-puan,aku perkenalkan dulu tajuknya yer.

How To Make Fruit Salad

1) Pertamanya,sebelum lesson tu bermula,sehari sebelum tu aku dah inform murid untuk bawak buah-buahan yang diorang ada,aku ingatkan diorang jugak untuk bawak mangkuk kecik dan garfu sekali supaya senang diorang nak makan nanti..untuk aku plak,aku kena sediakan mangkuk besar,papan pemotong,senduk,pisau dll...nak lebih clear?nah,aku paste pic sebijik yer..


maaflah sebab kualiti gambar tak urmmp sangat,ngeh3..ni adalah item2 yang aku bawak dari rumah,abaikan suasana umah aku sebab inilah kuarters guru pedalaman...hu3


ini pulak adalah hasil buah-buahan yang dibawa oleh murid-murid termasuk aku sendiri,banyak kan?kira oklah untuk 14 orang makan termasuk aku.sebelum terlupa,buah yang wajib ada ialah lemon tau...

2) then,lepas dah ada semua bahan,bolehlah mula mengajar murid langkah yang pertama iaitu mencuci buah terlebih dahulu.masa ni sebagai guru,kita terangkan lah kenapa kena cuci dulu dan mesti dicuci dengan air bersih..maklum sebagai orang yang tinggal di pedalaman,kat sini diorang lebih banyak menggunakan air sungai yang sungainya tu segala macam benda dicampakkan dalam tu...so,kebersihannya agak kureng r sikit..dalam langkah ni,terangkan jugak tentang kebersihan kuku,yelah kita kan nak masak,tak kan kuku nak panjang plak kan?ni pic murid-murid aku yang excited mencuci buah.


3) lepas semua buah dah siap dicuci,kita akan buangkan kulit buah tu dan potong buah kecik-kecik,dalam waktu ni boleh jugak terangkan kepada murid kenapa ada sesetengah buah yang perlu dibuang kulitnya...dan pada waktu ni jugak,bolehlah ajar murid-murid cara memotong buah supaya diorang tahu cara yang betul..oppss,as a teacher kita mesti guide diorang sebab diorang menggunakan benda tajam iaitu pisau,scary kalau terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini.


inilah dia anak murid aku yang sedang memotong buah,comel aje aku tengok.

4) step seterusnya mudah saja iaitu perahkan saja lemon dalam campuran buah yang dah dipotong kecik-kecik tadi,ini bagi membangkitkan rasa segar pada campuran buah tu.


5) lepas dah squeeze lemon,so dah siap lah our fruit salad kita..dah boleh disediakan kepada murid-murid,masa ni memang berebut-rebut semua nak rasa...he3


so,senangkan cara nak buat fruit salad ni...so lepas ni bolehlah try ngan ank murid masing-masing yer,nak try ngan anak sendiri pun boleh,hehehe...selain dapat membantu diorang  belajar cara buat fruit salad ni,dapat jugak ajar diorang berdikari selain pandai menjaga keselamatan diri sendiri...kan kan?ngeh3

oklah,itu saja yang aku nak share ngan korang semua,semoga dapat memberi idea lah serba sedikit kepada semua yang membacanya,wassalam...

~psst,bertambah-tambah anak-anak murid aku makan fruit salad ni,gembira plak hati sebab boleh sediakan sumthing yang berlainan pada diorang,^___^ ~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in