Nak Coklat Comel-comel Tak?

Friday, August 30, 2013

Assalamualaikum...
Kembali mengupdate blog,kali ni aku nak share cerita tentang coklat-coklat comel yang pelbagai..sekarang ni memang dah menjadi trend,ramai orang sukakan coklat comel untuk dijadikan sebagai hantaran tunang,kawin,bufday gift malahan suprise untuk orang yang disayangi,aku pun tak terkecuali jugak,he3..
Walaupun aku bukanlah seorang insan yang terlalu gilakan coklat (aku cepat pening kepala kalau makan coklat),tapi bila part coklat comel...aku suka nak request itu ini,he3

Back to story,masa bertunang hari tu...ada ramai jugak orang tanya kat mana aku tempah coklat untuk hantaran aku tu,opps...aku paste kan dulu pic supaya korang dapat tengok macam mana rupa coklat untuk hantaran aku ari tu..


ok,ni hantaran aku bagi pada En.Fiance,hantaran ni dipanggil dipped apple...kenapa dia dipanggil dipped apple?Sebabnya asas utama dia ialah epal lepas tu disalut ngan coklat dan dideko seperti ini,comel kan?rasa dia pun awesome...kira 2 in 1 lah,yelah makan coklat sekali ngan makan epal...aku sangat2 sukakan hantaran yang ni..

then,En.Fiance request kat aku jugak untuk settlekan hantaran untuk dia bab coklat ni,maka aku pun pikir punya pikir nak buat coklat yang macam mana agi ek...lastly,i decide to choose strawberry chocolate,nak tengok?
ni haaa...


ni plak adalah hantaran dari En.Fiance untuk aku..strawberi coklat ni sangat awesomeeeeeeee!!ini serius (dengan nada wonderpet)...aku request untuk diletakkan dalam bakul dan adalah hiasan bunga sikit,just look nice..strawberi dalam bakul ni,ada yang disalut coklat,ada yang dibiarkan macam tu aje...serius 10 kali aku ulang alik buka peti sebab nak makan coklat ni,hehehe

Yang bestnya,kedai yang aku tempah ni boleh buat coklat atas bajet kita...kalau contohnya,kita bajet rm50,so dia akan buat coklat terbaik untuk harga yang kita bagi tu..lepas tu,cakap ajelah kita nak apa,bentuk macam mana,design,warna..semuanya insyallah dia akan tunaikan..sebenarnya chocolate shop yang aku tempah ni dah macam permanent kedai yang selalu aku order sebab aku tersangat berpuas hati dengan setiap order aku.Dulu,aku pernah order coklat yang dalam kotak tu untuk bufday gift,dan ia memang comel tapi maaflah sebab tak dapat nak share pic sebab tak tahu dah kat mana aku letak pic coklat kotak tu,hu3...namun begitu,cewaahhh ayat tak leh blah..,aku sharekan jugak beberapa gambar hasil chocolate shop ni jual..


yang ini cupcakes untuk hantaran


yang ni kan comel sangat,lebih kurang macam nilah bufday gift yang aku bagi pada En.Fiance dulu...selain cantik,rasa dia pun sodap!


yang ni pulak berbentuk jambangan bunga,sesuai sekali diberikan kepada insan-insan tersayang ketika berkonvo,sambut anniversary,sambut hari ibu atau bapa ke,malahan masa nak memujuk pun boleh..sebab sweet sangat,^_____^

haaa,selain itu chocolate shop ni jugak buat perkhidmatan untuk sesiapa yang nak buat doorgift berbentuk coklat,siap dengan packaging sekali...just like dis,

   
so comel!!hehehe...ok,kalau ada yang rasa nak tempah dengan chocolate shop yang aku selalu order ni,bolehlah ke link fb di bawah yer...aku jamin rasa dan kualiti adalah terbaik,malahan owner dia,Sara jugak sangat baik hati,memang mudah bekerjasama ngan dia lagi2 bila nak bincang pasal design setiap satu tempahan yang kita nak buat..opps,sebelum terlupa,chocolate shop ni jugak buat perkhidmatan untuk meja makan berdamai/makan beradab...memang awesome lah dengan sentuhan tangan si Sara ni,confirm puas hati..nama chocolate shop ni ialah Kedai Coklat Cantek,memang sesuai betul dengan hasil yang akan diberikan kepada anda nanti..


alamak,ada satu benda lagi aku lupa nak share iaitu biskut almond london kedai ni,serius sedap!Sebabnya aku bukanalah seorang insan yang sukakan biskut almond pergi London tu,tapi tahun lepas,masa aku ternampak post si Sara pasal dia nak lelong stok biskut almond london sebab dah nak raya,tetiba aku rasa nak try...bila beli,memang dah ketagih..tak sempat raya,dah habis dua balang aku telan,hahaha..tahun ni punya raya ari tu,aku order 4 bekas lagi,so tamak kan?ngeh3...
oklah,sampai sini sahaja entry kali ni,diharap dapat membantu mana-mana pihak yang bakal bertunang,berkahwin,nak buat suprise untuk insan-insan tersayang ataupun nak buat event apa2 saja lah ataupun orang yang sedang mencari idea untuk diberikan sebagai hadiah...jumpa lagi di next entry,wassalam.

~ hari ni Jumaat,so sedang merelaxkan diri sambil menanti Super Spontan 2013,betapa aku sangat obses ngan rancangan tu sampaikan ulangan dia yang tahun lepas punya pun beratus-ratus kali aku tengok,hahahaha~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in