Tentang Keredhaan

Wednesday, October 10, 2012

Assalamualaikum...

Beberapa hari aku melupakan seketika blog kesayangan aku ni..tuntutan kerja menyebabkan aku tak sempat menjenguk,jangankan blog...FB ngan twitter aku pun aku jengah 5 minit sehari aje...bulan Oktober adalah bulan workaholic aku..

kembali kepada tajuk n3,sebenarnya ini masalah dalaman aku kut...tinggal lebih kurang 3 minggu lebih aje lagi untuk sesi persekolahan 2012 akan berakhir,means dat dah setahun aku bergelar seorang guru di bumi Sarawak ni tapi WHY aku masih x dapat terima kenyataan itu?

adakah ini bermakna aku tidak redha dengan segala ketentuan Tuhan aturkan untuk perjalanan hidup aku?ntahlah...aku sendiri x pasti,dan yang aku tahu sampai ke saat ini,saat jari-jemari menari di atas keyboard lappy aku ni,aku masih tak boleh terima yang aku dipostingkan di bumi kenyalang...
aku tak tahu apa sebabnya,tapi aku rasa dah banyak kali aku berusaha,memaksa diri,mengajar diri,menasihat diri supaya redha dengan segala aturan-NYA kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik dalam perjalanan hidup hamba2-NYA....

kisah aku ni bukanlah aku cuba menidakkan kekuasaan Tuhan tapi perasaan ni bangun semula dalam diri aku bila aku dapat tahu budah TeSL batch yang sama ngan aku dapat posting di negeri masing2!!!!
walaupun mungkin ada yang akan berkata,

"diorang sekolah menengah,senanglah...kita sekolah rendah"

tapi aku tetap x boleh terima sebab ramai jugak kawan2 aku yang study kt UPSI n sekolah menengah,but diorang dipostingkan di negeri lain walaupun bukan Sabah Sarawak...

keadaan yang macam ni makin menekan hidup aku,tambah2 bila aku selalu diberitahu oleh En. Dia yang pulang ke kampung di setiap hujung minggu...yelah En.Dia dapat posting kat Pahang,walaupun hulu jugak,kurang2 every weekend dia tercongok kat kampung...aku??
2-3 bulan sekali bru nampak batang hidung...

kalaulah ada sesiapa yang dapat buang sikap aku yang asyik tak redha atas rezeki aku ni,dah lama aku bagi upah...aku kena terus mencuba untuk belajar redha kerana setiap pekerjaan yang aku lakukan dirasakan mcm x berkat aje...yelah,redha pastinya berkawan dengan ikhlas...tapi aku ni??
opsss...bab mengajar,aku sentiasa ikhlas dan bersemangat kerana masa mengajar saja aku akan lupa di mana aku berada...bab tu aku xpernah berkompromi n sentiasa bersungguh-sungguh...

apapun,aku akan redha dengan segalanya kerana inilah rezeki dan juga perjuangan aku dalam bidang pendidikan...
bagi aku...

"keredhaan menjanjikan kemanisan yang indah pada keesokkan hari sekiranya kita terus bersyukur dan menerima segala yang diatur-NYA"

wassalam..

~bergelumang dengan kerja merupakan cara terbaik untuk aku melupakan segala yang negatif~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in