Nak Cari Candysocks Yang Selesa & Comfort??

Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,ari ni berpeluang mengupdate blog..yelah,duk sorang-sorang,takde benda nak dibuat,makanya otak pun boleh mencari sesuatu untuk dikongsikan ngan readers.Kali ni aku nak share pasal candysocks ataupun nama bahasa melayunya stokin sepit,ada yang tak tahu stokin sepit ke?Ok,stokin sepit ni sebenarnya stokin yang sangat best sebab ia direka untuk perempuan yang mahu menutup aurat kaki tetapi nak pakai selipar..haaa,selalunya stokin macam biasa tak comfort bila kita pakai selipar yang ada pembahagi tu kan?Yelah,pakai stokin pastu tetiba ada pembahagi yang menyebabkan kita rasa susah nak jalan pastu macam kaki rasa tak kemas pakai selipar kan?

Jadinya aku nak share pasal candysocks ni,setelah aku mula menggunakannya beberapa minggu lepas...alhamdulillah,aku bersyukur sangat sebab percubaan aku kali kedua untuk menutup aurat kaki telah berjaya dilaksanakan..dulu,aku pernah cuba memakai stokin/sarung kaki apabila keluar aje dari rumah tapi tak berapa istiqamah..dan untuk percubaan kali kedua ni setelah percubaan pertama almost 5 years ago tak berjaya,setakat hari ni aku masih berjaya..aku bukan nak menunjuk atau riak tetapi perkara yang baik boleh dikongsi dengan niat mengajak lebih ramai insan menunaikan perkara yang baik kan?lebih-lebih lagi ada sesuatu yang boleh menyokong azam baru tu,just like candysocks ni...


inilah candysocks ataupun stokin sepit....amat mudah bila dipakai ngan selipar,memang agak pelik..bak kata En.Fiance,kaki macam alien...hahahaha,tapi serius sangat selesa dan stokin ni jugak panjang tau..xdelah sampai lutut tapi oklah,maksudnya kalau tetiba seluar terangkat ke,kain terselak ke..memang insyallah aurat masih tetap terjaga dengan baik..kain stokin ni pun sejuk dan tebal,memang comfy..

nak cari stokin ni kat kedai,aku rasa almost takde lah..lagi-lagi kat Sarawak ni,so stokin ni aku beli secara online aje,err di Instagram...ngeh3..harga pun murah aje tau,hanya rm8 sepasang..kalau beli banyak,memang dapat more diskaun lah..yang bestnya,stokin ni bukan saja plain macam aku pakai ni tapi ada jugak yang jenis bercorak iaitu polkadot dan vintage...haa,walaupun berstokin masih boleh bergaya lagi tau.Untuk aku plak,aku cuma beli 3 pasang candysocks yang plain saja sebabnya aku rasa better plain dulu,senang matching ngan segala jenis pakaian..aku beli warna pastel pink,pastel grey dan hitam..


inilah 3 pasang candysocks yang aku order...kalau beli 3 terus macam ni,dia akan bagi less tau..opss,sebelum terlupa,untuk candysocks yang bercorak harganya rm10 sepasang,kalau beli more dapat kuranglah harganya..jadi untuk dapatkan candysocks yang selesa macam ni,bolehlah ushar atau serbu instagram kat bawah ni...


both instagramer ni memang jual candysocks dengan harga yang sama dan servis diorang memang terbaik,maybe dalam masa terdekat ni aku nak order lagi..kali ni maybe warna striking/bercorak plak..sebab aku suka pakai stokin macam ni.Sebelum ni aku pakai stokin yang ada 5 jari tu,yang tu pun memang best jugak tapi kadang-kadang kain dia rasa panas+dia tak panjang sangat..kalau stokin yang ada 5 jari tu,memang banyak kedai yang jual dan harganya pun murah aje,sepasang rm1.50 pun ada,aku beli kat Mydin..tapi pendeklah,aku ada 2 helai yang panjang,tu pun nasib baik terjumpa masa vacation kat Cameroon tahun lepas...ni stokin 5 jari tu.


stokin jenis ni dulu aku pakai bila time sukan/ajar PJ aje...tapi sekarang selalu lah aku guna,terutamanya kalau nak keluar..so,sekarang kita boleh membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri,sebab banyak pilihan yang ada..tinggal atas diri kita sendiri aje sama ada nak melaksanakannya ataupun tak..bagi aku pakai stokin ni ada banyak kelebihannya terutamanya untuk aku lah,dulu..sebelum aku tak pakai stokin secara sepenuhnya lagi,aku sememangnya dah berkawan baik ngan stokin ni...sebabnya kaki aku ni cepat cramp kalau sejuk,bayangkan tengah dalam bilik mandi pun boleh cramp..so,aku memang kena selalu pakai stokin bila nak tidur,memang badan aku tak tahan sejuk betul...hu3,kalau tido kat hotel memang confirm2 aku pakai stokin,yelah aircond kan..mau cramp tak leh gerak nanti kaki aku ni,hehe...satu lagi kelebihan pakai stokin ialah kaki kita tak lah jadi gelap sebab berjemur,kan elok dia tersembunyi macam tu..^___________^

oklah,aku harap entry candysocks ni dapat memberi info kepada para wanita yang sedang mencari stokin yang selesa untuk kaki...jumpa lagi di next entry,wassalam.

~agak kebosanan sebab duk sorang-sorang bila ditinggalkan member satu sekolah yang pergi camping,nasib baik En.Fiance rajin melayan aku yang kebosanan...mekasih awak~



5 comments:

Anonymous said...

Pakai stokin ni sebenarnya untuk serap peluh jari kaki termasuk seluruh kaki kita apabila pakai kasut. Kalau pakai kasut tanpa stokin jari kaki akan merasa basah melekat2 apabila bergerak ibu jari kaki. Paling elok pakai toe socks.

Anonymous said...

Lupa nak bagi tau...tukarlah stokin setiap hari apabila habis pakai.

Unknown said...

Bagaimana pula dgn stokin wudhu pula boleh kak tlg cerita Trima kasih

Anonymous said...

Kalau kakimu dapat kat aku, mesti aku cabut keluar kasut awak dan hidu kaki stokin mu....

Anonymous said...

Kalau awak pakai stokin sehari suntuk teringin pula saya nak bau stokin awak.

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in