Trip Bintulu-Miri-Brunei ( Part 2 )

Sunday, September 22, 2013

Assalamualaikum...
Kembali semula,hehehe...ok,aku nak sambung story yang tak terceritakan last entry.Baiklah,ingat lagi aku cakap ada satu kehidupan yang sama macam aku tapi lebih moden di Brunei tu?Ni yang aku nak cerita nih...semangat gitu,ngeh3
Sebagaimana korang tahu,aku kan mengajar di pedalaman dan sekolah aku mengajar ni memerlukan kita menaiki perahu almost setengah jam untuk sampai...memang tak ada jalan darat langsung,dan kat sekolah aku ni takde bekalan air bersih dan elektrik jugak tetapi aku masih bersyukur sebab sekolah aku menggunakan generator 24 jam dan air hujan sebab sumber utama...kalau tak hujan dan minyak generator nak habis,barulah terasa kederitaan sikit,tapi sikit ajelah..hahaha,sebab sepanjang aku mengajar kat sini tak pernah lagilah aku bergelap...ok,itu kehidupan aku di sini,Sarawak iaitu dalam Malaysia..plis jangan salah sangka aku nak memburukkan keadaan atau apa,aku just nak bandingkan kehidupan aje.

Tu kisah aku di Malaysia kan,tetapi di Brunei..lain giler,ada penduduk yang menetap di atas air,sama sebijik macam aku tapi diorang menggunakan elektrik 24 jam dan mendapat bekalan air bersih!!Paling best,kawasan air diorang dibangunkan dengan amat baik dan sama macam kehidupan atas darat kut..yang paling aku tak leh caya,diorang siap buat perumahan lagi atas kawasan air tu..let me show you yer,^______^


ok,ini adalah sekolah yang pertama yang aku lihat kat kawasan air ni,kalau tak silap aku nama kampung ni ialah Kampung Air,yang bestnya kan semua sekolah (setiap bilik darjah) dipasang dengan aircond k..memang mantop habis lah,kiranya walaupun atas air tetapi murid-murid kat sini masih selesa untuk belajar..next tempat ialah :


ni plak ialah balai bomba...best kan?aku macam tak boleh percaya Brunei boleh buat macam ni,masa mula-mula tu aku macam blur sekejap...sempat aku tanya kat member macam ni,

Aku  : macam mana lori dia nak jalan ek?
Member : (sambil gelak) dia pakai bot lah,mana pakai lori ooi...
Aku : bot dia bunyi wi wo wi wo jugak lah ekk??
Member : gelak sakan....

then,aku terfikir kenapa perlu wujudkan balai bomba ni...then,driver bot kitorang ni bagitau,sebelum ni pernah berlaku kebakaran kat kampung air,terus mulut aku buat huruf O besau-besau...hahaha
ok,dalam pic ni,korang boleh nampak tiang elektrik kat tepi tu kan?memang semua kawasan dalam air ni ada tiang elektrik dan cuba korang perhatikan balai bomba tu diperbuat daripada apa,batu kan?bukan kayu...tu yang aku rasa macam hebat giler...sungai diorang ni bukan kecik tau,besar,luas dan dalam lagi...ok,next pic plak...


ni plak masjidnya yang tersergam indah...sorry gambar blur sebab bot ni shaking time nih,yelah ada bot lain lalu kat sebelah...so ombaknya buat bot kitorang shaking lah...nampak x tangan2 member aku yang sibuk ambik pic jugak?hehehehe...masjid ni besar dan memang menjadi kunjungan orang ramai sekiranya datang ke kampung air ni...seterusnya ialah:


inilah dia perumahan yang aku cakapkan tu...cantik kan?ni yang jenis 2 tingkat,ada satu jenis lagi setingkat aje...siap ada laluan yang best,boleh nampak tak ada orang bawak basikal tu??hehehe...kena tengok betul2 lah baru nampak,hahahaha...kat Kampung Air ni jugak ada jejantas tau,haaa...ingat kampung atas air takde jejantas,ada howkay...memang terkujat gak seposen aku tengok,tapi bagi aku memang kampung ni dibina dengan baik sekali..
ada beberapa info yang aku nak share ngan korang berkaitan Kampung Air ni dan juga cara nak ke sini,

1) Untuk ke Kampung Air ni, kita akan menaiki bot yang telah disediakan..bot ni plak ada 2 pilihan,satu yang jenis biasa tanpa bumbung macam yang aku naik ni,dan satu jenis lagi ada bumbung dan disediakan dengan life jacket...harga pun mestilah berbeza,untuk bot macam aku naik,cuma 1 ringgit brunei sahaja,tapi kalau yang ada bumbung tu 5 ringgit brunei...upps,kepada yang tak tahu,aku inform sekali lagi 1 ringgit brunei = rm2.60 kita...so,ambik kalkulator kira sendiri ek...hahahaha. ok,kitorang memilih bot biasa sebab kitorang ni (padahal aku ngan sorang member aje) dah biasa menggunakan bot macam ni...tu yang kitorang pakai yang ni aje..untuk lebih jimat,sebaiknya kena pandai speaking Sarawak lah yer sebabnya harga yang diberikan boleh di kawtim lagi,nasib baik kitorang ni memang posting Sarawak...so,no hal sangatlah..hehehe

2) Bot yang kita naik ni,confirmlah ada drivernya kan...so,tanyalah apa saja kat driver tu sekiranya nak tau apa-apa,insyallah segalanya akan dijawab dengan baik dan ramah...sebabnya masa kitorang berenam naik,memang segala jenis soalan kitorang tanya,punyalah nak tau pasal tempat ni kan...^_________^

3) Info pasal Kampung Air ni plak ialah,sememangnya kerajaan Brunei nak mengekalkan tradisi perkampungan atas air ni...so,banyak kemudahan disponsor oleh kerajaan Brunei untuk penduduk kat sini,antara yang aku tahu..semua bil elektrik penduduk di kawasan Kampung Air ni ditanggung oleh kerajaannya,sebabnya mereka diwajibkan untuk on kan semua lampu kat luar rumah setiap malam...ini bertujuan menimbulkan suasana yang berbeza kepada pelancong sekiranya melalui kawasan ni..best kan??

4) Perkampungan air ni bukan saja ada balai bomba,sekolah,perumahan yang awesome..malahan ada balai polis,klinik kesihatan dan pelbagai lagi kemudahan yang menjadikan penduduknya rasa selesa lah berada di rumah masing-masing...keluasan rumah setiap orang pun memang luas tersangat,sampaikan member aku yang pernah pergi kenduri salah sebuah rumah kat sini cakap,diorang buat kenduri memang muat satu rumah untuk semua tetamu..sebabnya rumah diorang ni besau howkay....untunglah kan?dan aku rasa 99% kut semua kediaman termasuk sekolah ada aircond...hu3

4) Opps,lupa plak nak bagitau...sebelum kita dibawa melawat/pusing-pusing Kampung Air ni,driver bot akan bawak kita ke tengah-tengah sungai untuk melihat sesuatu yang aku agak bosan dah tengok....nak tau apa dia?diorang akan bawak kita melihat BUAYA!!!tapi masa tu memang takde rezeki untuk member2 aku tengok buaya sebab takde seekor pun yang bersidai walaupun masa tu air tengah surut...

ok,jadinya itulah serba sedikit info yang aku nak share ngan korang semua berkaitan Brunei,harap-harap bolehlah memberikan informasi yang berguna ...sebelum aku end up this entry,haruslah kena paste kan dulu pic aku ngan member berada atas bot,hehehe...


oklah,sampai sini dulu entry part 2 aku ni..jumpa lagi next entry,insyallah aku ada beberapa trip lagi sepanjang tahun ni,nanti aku update yer...^_________^
wassalam

~trip untuk meronda negara-negara terdekat ngan Malaysia,seronok dapat tengok negara orang ni~

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in