Seminar Penyelidikan Tindakan Zon Timur

Tuesday, October 11, 2011

Assalamualaikum...
penat masih terasa dengan perkara yang berlaku hari ni,rasa macam nak tulis sumthing kat sini,so entry ni tercipta.
actually,aku baru aje balik dari seminar penyelidikan tindakan zon timur yg berlangsung kat IPG aku nih...banyak kajian yang best n menarik boleh dilihat dan aku rasa banyak jugak yang boleh dijadikan panduan buat aku bila dah stat mengajar secara officially tahun depan..
kepada yang tak pernah tahu atau dengar apa itu kajian tindakan,actually kajian tindakan ini kebiasaannya dijalankan oleh guru-guru bagi membuat penambahbaikan amalan pengajaran mereka. kebiasaannya mereka trjumpa satu masalah yang berlaku ketika membuat pengajaran dan daripada masalah tu,cikgu tu cuba mencari satu kaedah yang boleh membantu murid mereka memahami tentang apa yang mereka pelajari.
so,bila banyak kajian tindakan dibentangkan macam sekarang,banyaklah ilmu atau pengalaman yang boleh dishare dengan semua guru pelatih yang mendengar sekaligus kitorang pun dapat ambik mana2 kaedah yang sesuai..

opss,mesti ada yang bosan baca entry berjela nih tapi aku rasa dengan adanya seminar macam ni,aku boleh tingkatkan kemahiran atau skill mengajar aku...dah lah yang datang bentang terdiri daripada 4 IPG zon timur iaitu IPG aku sndri,KOta Bharu..lepas tu ada IPG Kampus Dato Razali Ismail,KT ada IPG Kampus Sultan Mizan,Besut n IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis...
so,banyak pembentang2 hebat yang kemukakan masalah kajian diorang sehinggakan kadang2 aku rasa mcm melopong aku dengar...bukan sebab aku tak faham tapi sebab aku rasa mcm mana diorang boleh fikir sampai mcm ni ek?kenapa otak aku tak pikir mcm diorang??ke otak aku ada jammed mana2...hu3

sebagai seorang peserta yang join seminar ni,aku rsa sebagai guru,memang aku kena banyak belajar sebab seorang guru tu sendiri dia perlu amalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat...banyak benda yang perlu dipelajari tambah2 bila zaman semakin maju,teknologi semakin canggih...tak kan nak biarkan profesion guru ni ketinggalan kan?hu3...
ntahlah,maybe aku terlalu xcited tgk setiap pembentang sampai aku rasa patutlah aku tak terpilih...hahahahahahaha

sory kepada sesiapa yang membaca entry ni sebab takde sebarang gambar yang mampu aku publishkan utk korang...actually,aku tak sempat ambik satu gambar pun sepnjg seminar ni berjalan...err,sebenarnya bukan x sempat tapi memang aku yang malas ambik gambar...

lagi satu kan,aku rasa dah sampai masa aku berubah...bukan hanya sebagai seorang guru tetpi juga totally as insan.
banyak perkara yang x betul dalam diri aku sepanjang 23 tahun aku hidup ni...maybe sampai masanya aku hentikan segala habit tak baik aku selama ni..
salah satunya maybe part gosipping...hak3,u know aku sgt suka gosip...
dh mcm kiah propa plak aku rasa...bukan setakat gosip artis tapi gosip kengkawan pun trmsuk skali..
dah banyak mana agaknya malaikat Raqib menanda dosa2 aku kan?
siyesly aku rasa menyesal dengan apa yang aku buat...the most thing i regret is sembahyang...hu3,bukan sebab aku tak sembahyang tapi terlalu banyak sgt sembahyang aku yang aku sendiri rasa diterima ke??
opss...banyak juga aku melalut psl entri seminar nih...nanti aku citer lagi pasal apa yang aku rasa nih...mungkin hidayah Allah dah hadir dalam diri aku sempena seminar zon timur ni kut...he3
oklah,aku akan trus update next entry plak...
salam ukhuwah dari aku...

nukilan : mungkin banyak insan yang perlu aku hulurkan kemaafan...hu3,semoga diampunkan Allah dosa-dosaku..aminn.

0 comments:

 
Copyright © sAat dUka dAn Ria bErsaTU | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in